5 ayat untuk BANGKIT dalam Al Quran supaya jadi ibu positif


1) Apabila kita beriman, kita akan diuji. Kita didik anak kerana keimanan kita kepada Allah swt maka kita diuji.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Al Ankabut ayat 2

2) Jadi ibu, kita akan diuji. Banyak sangat. Terlalu banyak. Sangka baik, ujian ini boleh jadi asbab kita masuk syurga.

Apakah kamu kira akan masuk syurga sebelum kamu diuji seperti orang-orang sebelum kamu.

Al Baqarah ayat 214

3) Jadi ibu, nak sabar susah. Sabar. Sabar. Sebut memang mudah. Nak buat susah. Tapi Allah sebut, sabar dan solat (doa), bergantung pada Allah.

Hai orang beriman, jadikan sabar dan solat penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar

Al Baqarah ayat 153

4) Segala yang ada di dunia dan isinya adalah ujian. Anak ujian. Harta pun ujian. Ada orang tiada harta pun ujian. Ada orang tiada anak pun ujian. Ada orang ada anak, ujian. Ada orang banyak harta pun ujian.

Dan ketahuilah bahawa anakmu dan hartamu adalah ujian, sesungguhnya di sisi Allahlah pahala paling besar.

Al Anfaal ayat 8

5) Kita masih hidup, jadi kita pasti diuji. Pasti. Dunia tempat berpenat lelah, didoakan dapat berehat di syurga.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Al Anbiya ayat 35

💜💜

Ummu Ilham

Nota: Menulis apabila diuji.
#selfreminder

Comments