Anak yang nampak nakal, perlukan lebih urutan jiwa...
+ Suatu saat, anak saya yang kedua (jika tidak termasuk Ilham As-Shauqi) adalah seorang yang impulsif, suka memukul dan mencederakan orang lain.
+ Suatu saat, Dhuha luka dan cedera akibat dihempuk dengan kerusi dan apa-apa di tangannnya.
+ Saat itu, saya adalah ibu yang bertarung semua keperluan anak-anak dipenuhi termasuklah yang masih bayi.
+ Keperluan emosi satu kayu ukur penting kepada kanak-kanak. Lagi-lagi yang baru dapat adik. Mereka ada sindrom 'attention seeker' dengan perlakuan negatif.
Saya recall semula apa yang saya lakukan..
1) Saya selalu memeluk anak yang impulsif tadi. Peluk kemudian saya hypnotize dengan ayat yang positif. Selepas sebulan banyak perubahan.
Kini selepas setahun lebih, perlakuan mencederakan sudah tiada. Cuba masih ada sikit-sikit hardcore yang biasa-biasa. Dia masih boleh dengar arahan dengan teknik yang betul.
2) Saya buat reward chart selama beberapa bulan dengan reward yang paling digemarinya untuk membuang tingkahlaku negatif memukul dan mencederakan orang. Setiap kali dia berjaya mengawal tangannya, saya berikan RM1, kemudian dia dapat beli apa yang dia suka.
3) Saya banyak doa. Saya doa dengan kuat sehingga didengari dia. Kadang-kadang sampai meleleh airmata saya. Betapa saya risau tingkahlaku anak saya. Saya risau, Allah akan bertanya apakah yang telah saya lakukan?
4) Saya jarang membawa dia ke tempat yang ada kanak-kanak yang tidak terkawal. Jujurnya, saya tidak risau jika anak saya cedera, saya lebih risau dia mencederakan orang lain.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Allah Maha Baik banyak membantu saya. Hidup perlu positif. Jadi ibu perlu positif. Jadi ibu dengan bipolar perlu 1000 kali positif. 😰
Benar,
Ummu Ilham
Comments
Post a Comment