5 tip tidak mahu jadi ibu/isteri marah-marah


Tip 1: Rationalize
Rationalizekan pemikiran is the hardest part. Lagi-lagi masa nak period, emosi tak berapa stabil, asyik nak marah. Boleh letak banyak reminder keliling rumah, tulis besar-besar sekurang-kurangnya minda separa sedar kita tangkap.

"Saya tenang"
"Saya waras"
"Saya cakap elok-elok"

Itu contoh, boleh buat banyak lagi. Kalau rasa macam buruk sangat tampal kertas, boleh hias dalam frame elok-elok macam deco deco.

Kenapa rationalize penting? Sebab masa berlaku sesuatu yang jadi trigger kemarahan kita, kita boleh pause, diam sejenak dan fikir, "whats next?

Tip 2
Latihan untuk 'pause'
Most of the time, kita tidak ada pause sebelum kendalikan situasi yang menjadi kemarahan. Kita terus marah. Apabila tiada pause, kita mungkin:

-Cakap kasar
-Maki hamun anak
-Pukul dan belasah anak

Apabila dalam mode 'pause' kita fikirkan pilihan yang ada untuk tindakan secara ringkas dan segera.

Contoh:

-Nak tegur terus? Apa ayat teguran yang mendorong nak pakai?
-Nak bertenang dulu sebab tak stabil, nak masuk bilik dulu ke macammana?
-Nak gelak-gelak dulu sampai emosi stabil baru handle anak ke macammana?
-Nak pergi boxing kejap, since di rumah ada punching bag?
-Nak lari atas treadmill, since di rumah ada treadmill?
-Nak pergi gardening kat luarlah..

Tip 3
Buat pilihan, kemudian jalankan, asalkan kita tidak menyakiti anak/ suami (Maaf suami tiap kali terlepas marah masa manic episode)

Tip 4
Reward diri sendiri, jika berjaya melakukannya seperti beli aiskrim dan makan hingga menjilat jari atau beli benda kecil-kecil yang buat kita gembira.

Contoh: Hobi saya gardening. Saya akan beli tanah dan pasu. Walaupun saya tidak pasti bila saya akan guna.😂

Tip 5
Konsisten. Kawan, apa yang saya share adalah coping skill/ strategi bagi seorang bipolar disorder untuk turn kemarahannya semasa manic episode. Tapi saya percaya ia juga bermanfaat untuk semua orang.

Jom kita jadi mak yang baik-baik dan sabar.

Dalam Al Quran, pun Allah cakap, pahala orang sabar besar, ya Nurul Ilyani. (Sambil tepuk bahu sendiri😅)

Ummu Ilham
#selfreminder

Comments