Mewujudkan 'common sense' dalam diri anak sejak kecil terutama lelaki, bukan senang..


'Common sense' ini apa ya?

'Common sense' ini kemampuan membuat keputusan dan tahu kesan setiap keputusan dan perbuatan.

Sekali baca macam 'tanggungjawab' kan?

Ya. Lelaki bertanggungjawab biasanya ada 'common sense'. Perempuan bertanggungjawab juga biasanya ada 'common sense'.

Seringkali saya sebut 'common sense' datang dengan kemampuan otak dan pengalaman.

Ada juga 'common sense' yang lebih sukar ditanam, jika anak itu ada ASD. Contoh: Kisah seorang isteri yang viral mengisahkan suaminya (seorang aspie) yang membiarkan saja beliau sakit dan muntah-muntah semasa mengandung. Mereka sukar ada empati dan memahami, jadi sukar ada common sense dan seterusnya, kita akan rasa mereka tidak bertanggungjawab sedangkan begitulah otak mereka berfungsi.

Ada juga individu yang tiada 'common sense' apabila begitulah cara mereka dibesarkan.

👉Kalau anak tidak tahu kemas tempat tidur lepas bangun, sampai berkahwin pun masih sama, cuba semak bagaimana mereka dibesarkan?

👉Kalau anak malas kemas rumah, bersepah lepas makan, lepas main, semak semula bagaimana mereka dibesarkan?

👉Kalau suami macam bos, semua harap isteri buat, dia duduk di sofa goyang kaki, tengok instagram, isteri yang berlari-lari nak masak, nak mandikan anak, semak semula bagaimana dia dibesarkan?

Ibu ayah, sebelum anak kahwin, lebih 20 tahun kita ada ruang dan peluang didik mereka jadi individu yang bermanfaat, ambil peluang itu.😰

Lebih senang, didik dari kecil. Lebih banyak peluang. Jika tidak kasihan menantu kita, perlu 'betul'kan anak kita, perlu latih dan beri kesedaran pula. 😰

Jika anak kita jenis boleh terima teguran, alhamdulillah. Yang melenting dan naik tangan, kan naya menantu kita.😰

Ummu Ilham
#selfreminder


Comments

Popular Posts