Anak yang tidak dimarah apabila buat salah, lebih kreatif dan 'resourceful'..


Jangan marah anak yang buat salah, beri TEGURAN dengan betul. Anak-anak perlu diberi peluang buat salah. Baru mereka belajar selesaikan masalah. Apabila asyik dimarah-marah, dibebel-bebel, diperli-perli, dikecam-kecam, diherdik-herdik, dipukul-pukul, mereka jadi tidak berani buat keputusan. Mereka tidak berani bagi cadangan penyelesaian.

#bukan_marah_tapi_beri_solusi

Buat kali pertama anak buat kesalahan yang tidak disengajakan, terus beri solusi.

Situasi:
Anak tertumpah air.
"Kenapa tumpahkan air?"❌❌
"Eeee, pegang cawan pun boleh tumpah. Apalah!❌❌
"Ambil kain, lap.✅✅

Lepas siap, puji.
"Wah, bersihnya kakak lap. Ummi suka"✅✅

Situasi:
Daud tumpahkan baja organik saya. Habis penuh atas lantai.

Saya tarik nafas✅
Pause✅

#fikir_kesan_baik_aktiviti

Saya panggil Dhuha dan Dani tolong kutip. ✅✅

Daud ikut kutip. Dia nampak enjoy main sensori. Ya, saya sudah agak, dia suka.#sensorystimulation

Saya galak mereka guna penyapu pula. #lifeskill. Maka gigih semua masuk plastik. #manipulationskill

Saya masih lagi selesaikan kerja masuk tanah dalam poli beg.

Kemudian saya sudahkan kerja itu. Saya berjaya tidak marah. Alhamdulillah. Untuk seorang bipolar seperti saya, ia sangat sukar untuk ada kawalan emosi yang baik. Jadi, untuk ibubapa yang sihat sejahtera sepatutnya ia sangat mudah, inshaAllah.

#apabila_anak_sudah_resourceful

Setelah beberapa kali berlaku, anak akan dengan sendirinya ambil kain, apabila air tertumpah tidak sengaja. Begitulah anak saya bila mereka melakukan kesalahan yang tidak disengajakan.

#tak_tahanlah_rasa_nak_marah_juga

Apa nak buat jika kita rasa nak marah juga?
Pentingnya belajar mengawal emosi. Jaga makan, jaga kesihatan fizikal. Ibu perlu sentiasa tenang walaupun badai melanda, ribut dan taufan di rumah.😂

#alkisah

Baru-baru ini, Daud pecahkan skrin telefon saya.

Saya tidak marah Daud.✅ .Lagi budak kecil macam Daud tahu apa.

Saya tidak marah Dhuha.✅✅ Kejadian berlaku betul-betul di depan Dhuha. Sepatutnya dia boleh halang bukan? Boleh saja mahu salahkan dia.

Saya tidak marah Dani.✅✅ Dia yang main hammer tidak pulang, tinggal di situ. Boleh saja saya mahu marah Dani.

Sebaliknya, saya salahkan diri sendiri dulu, siapa suruh letak telefon di situ. Kan ada Daud. Saya sedang kemas rumah, saya sibuk dan tidak perasan, jadi memang bukan rezeki saya.😭

Sebaliknya, saya minta bantuan Dhuha ambil 'hammer' dan pulangkan.✅✅

Saya beritahu peraturan secara umum.

"Lepas main, 'hammer' pulangkan. Bahaya".

"Okay, ummi. Abang tak nak buat lagi," kata Dani.

Semenjak Dhuha 3 tahun, saya cuba amalkan tip ini. Ia sebahagian daripada 'lateral thinking' untuk latih KBAT dengan kombinasi teknik nabi mendorong anak dengan positif.

Saya buat juga kepada Dani dan Daud. Hasilnya, memang anak-anak lebih 'resourceful'.

#kesalahan_dengan_perlakuan_negatif_sengaja

Untuk perlakuan negatif anak dengan sengaja, perlukan kemahiran tambahan seperti modifikasi tingkahlaku. Self-hipnosis juga.

Sambil kita membuang tingkahlaku negatif, kita dorong tingkahlaku positif. Salah satunya, tutup mata pada kesalahan. Beri informasi. Maksudnya, tidak marah-marah dan garang-garang.

Didoakan bermanfaat.

#refresh
#selfreminder

Ummu Ilham

Comments