Self-esteem kita bukan terletak pada kasut, beg mahupun baju kita..
Pagi itu saya mahu bersiap-siap pulang semula ke Puncak Alam. Sibuk sekali. Suami saya sedang basuh berak Daud. Saya sedang kumpul barang nak bawa pulang. Kami datang 3 beg saja. Pulang ke Puncak Alam, jadi 5 beg, 2 kotak tanah untuk gardening, 1 beg pokok kari dan 1 ikat sayur bayam๐. Separuh kereta, penuh barang.
#selfesteem_bukan_pada_material
Saya mencari-cari kasut. Rupanya ada atas rasuk rumah. Bapa saya letak supaya tidak dikencing kucing katanya. Kakak saya tolong turunkan sebab saya pendek. Masa dia turunkan dia mengusik, "pakai kasut bertumitlah". "Ala okaylah ni, mudah. Simple," jawab saya. Suami saya selalu juga bising, kasut saya lebih teruk dari kasut staff. Beg tangan pun tiada, pakai beg anak-anak letak barang. "Eh, itu bukan kasut lelaki ke?, tanya kakak saya lagi. "Haah, ala boleh je dia mana-mana jantina boleh๐๐๐", jawab saya.
#gaya_hidup_minimalist
Pernah dengar gaya hidup minimalist? Saya dan suami seorang minimalist. Hidup kami bukan setakat sederhana, kami sangat ringkas. Baju kami sangat terhad. Ada 1 kotak kecil baju T suami, satu kotak kecil baju T berkolar, 1 kotak kecil seluar basahan dan kain pelikat. Pendek kata kalau seminggu tidak basuh kain, boleh kosong kotak seluar dan kain pelikat๐๐. Yang lain baju dan seluar pejabat. Untuk kerja suami ada banyak stok. Selama 10 tahun, baju kemeja pejabat suami beli di bundle. Cuma baju raya saja beli baru. Saya pun sama. Malah lebih ringkas. Anak-anak pun lagi ringkas. Yang cantik-cantik selalunya baju raya.
#rumah_serba_kosong
Rumah kami kosong saja. Perabot cantik dan up to date pun tiada. Ada satu meja makan, sofa untuk selesa semasa breastfeeding saja. Terus terang, rumah saya nampak tidak cantik dan tidak banyak barang cantik (diakui oleh mak saya๐๐). Tapi kami gembira dengan gaya minimalist ini hampir 10 tahun.
#hilang_selera_beli_barang
Suatu ketika, zaman kami susah dahulu, makan bercatu RM1 sehari, saya ada banyak kemahuan. Ada banyak barang saya teringin beli. Saya asyik melawat kedai perabot. Di samping saya hypomania (bipolar) yang suka membeli barang tanpa sedar, saya sememangnya suka membeli. Sehingga kami mula dapat merasa duit yang banyak. Ada beratus ribu dalam akaun, kami mula menyusun semula kewangan, saya terus hilang selera membeli barang. Kami utamakan banyak keperluan dan cuba mencapai target kewangan yang disasarkan.
#tidak_membanding
Gaya hidup minimalist banyak membantu kami mengawal nafsu, tidak kisah pandangan orang, malah tidak membandingkan kehidupan kami dengan orang.
#tidak_ada_isu_selfesteem
Kami masih hidup seperti orang lain. Suami saya masih ke pejabat macam biasa, dengan baju bundlenya, dengan kasut Giantnya, berjumpa VIP, dato' dan datin. Saya masih berjumpa kawan, mesyuarat dengan staff dengan gaya minimalist, tiada rasa rendah diri atau tiada yakin diri.
Apabila kita sendiri memilih gaya hidup minimalist:
+ Kita tidak kisah pandangan orang tentang material
+ Kita fokus kepada kehidupan yang Allah suka sebab kita tidak ada banyak nafsu dan kerisauan
+ Hidup sangat tenang, kurang satu sebab mahu jadi negatif. Kurang trigger mahu rasa marah.
*Apabila kita dengan anak, emosi perlu stabil, pentingnya menjaga emosi positif
*Apabila kita mudah membandingkan diri dengan orang lain, itu tandanya self-esteem kita sangat rendah. Ia perlu diperbetulkan.
Benar,
Ummu Ilham
#selfreminder
Comments
Post a Comment