Hampir 10 kali telur pecah..


Ada satu quote yang sangat saya gemari.

"Kids are born scientist. Adult scientist is a scientist who never grow up"

MashaAllah. Saya sangat setuju. Betul sangat. Dani Al-Fateh 5 tahun, masih belajar memasak. Sudah boleh goreng telur sendiri. 100% dia buat. Saya boleh buat kerja sendiri. Tapi sekali sekala dia akan pecahkan telur. Dari jauh dia cakap.

"Ummi, telur abang pecah" (Sebenarnya bukan pecah. Tumpah. Dia belum mahir pecahkan dalam mangkuk)

"Ummi, telur abang tumpah". (Telur yang dia goreng jatuh atas lantai. Dia belum mahir pindahkan telur dari kuali ke pinggan)

Ya, hampir 10 biji telur telah pecah. Saya chill. Belum pernah saya marah, atau herdik.

Saya ajar dia tiap kali dia gagal. Dia gembira. Naik self-esteem dia walaupun dia gagal. Dani memang anak yang ada self-esteem yang tinggi sejak kecil. Oleh itu dia memang nampak hardcore dan determined.

Anak-anak kena bagi explore. Contoh belajar goreng telur, ada asas kimia, biologi. Anak akan cuba, gagal, cuba, gagal, cuba dan berjaya. Proses itulah pembelajarannya. Proses ini tiada silibus dalam sistem pendidikan formal. Ia adalah pendidikan secara tidak langsung. Anak-anak mahu pegang telur, kita sudah jerit. "Jangan!, nanti pecah!"

Kali kedua, kita jerit lagi. "Jangan, nanti pecah!". Ada ketika kita marah pula apabila sudah pecah. Begitulah seterusnya. Sampai satu saat, anak kita tidak mahu mencuba lagi. Saat itu anak kita sudah menjadi orang yang gagal. Kita ada sahamnya.

Situasi itu kelihatan ringkas, tapi kesannya besar kepada diri anak-anak. Apabila anak meningkat dewasa, kita pula yang letih mahu suruh-suruh dan ajar. Anak kita jadi orang yang tunggu arahan. Tiada lagi rasa curious (ingin tahu), tiada lagi rasa mahu experiment (mengkaji), tiada lagi rasa mahu menambah ilmu (self-learning). Yang tinggal hanyalah generasi auto-pilot yang pergi kerja balik kerja, hidup seperi tiada matlamat. Allah. Allah.

#selfreminder
#thestruggleisreal
#homeeducation

Ummu Ilham

Comments