Tip memahami anak hardcore (sukar dengar kata)
#no3 Anak hardcore mahu negosiasi bukan kuku besi
Suatu petang, Dani asyik tengok youtube. Sekali sehari dapat satu jam, petang lepas abi pulang.
.
Gembira bukan kepalang. Maklumlah, rumah tiada TV untuk ditatang. Main dan main, melukis, membaca itu yang diulang😂
.
Sampai masa, smartphone akan diambil. Kami standby dia tantrum bukan main.
.
Suami pun baring sekali tengok cerita. Sambil peluk dia.
.
Dari jauh saya nampak dia bisik pada Dani. Saya percaya dia sedang negosiasi.
.
Tidak lama Dani, melapaskan smartphone. Suami peluk dan puji, kemudian berjanji, sampai masa dia dapat tengok lagi.
.
Apakah langkah negosiasi?
.
Penting: Tidak boleh main rampas atau tarik apa yang dipegang atau apa yang dilakukan❌
.
Hakikat: Banyak ibubapa tidak sabar dan punya masa untuk negosiasi😰. Ya kami juga kadang-kadang.
✅libatkan diri seperti main bersama atau tonton bersama sebelum ambil sesuatu daripada anak hardcore
✅kemudian mula buat tawaran seperti ganti kepada benda itu, atau ganti kepada perkara yang dilakukan anak hardcore
✅Ulang-ulang dan pujuk dengan lembut. Peluk. Bisik. Sayang.
✅Kemudian baru ambil atau tarik sesuatu.
Mesti sabar💪
Mesti positif 💪
Mesti mendorong💪💪
Comments
Post a Comment