Anak yang hilang keyakinan diri, cuba periksa semula 3 perkara iniπŸ‘‡πŸ‘‡



πŸ‘‰ Apakah mereka dibesarkan dengan peraturan. Untuk menjadi seorang yang ada yakin diri, anak mesti ada prinsip hidup, disiplin dan sebagainya. Besarkan anak dengan prinsip hidup yang betul dengan disiplin. Orang yang disiplin biasanya orang yang mudah berjaya. Orang yang berjaya biasanya ada tahap yakin diri yang tinggi.

Boleh berkawan-kawan dengan anak, tapi mesti set satu rules yang kita masih ibubapanya, ada rules yang perlu dipatuhi.

πŸ‘‰Apakah anak dibesarkan dengan kuasa membuat keputusan? Semasa anak kecil, ibubapa sentiasa membuat keputusan untuk anak. Selepas anak diajar tentang prinsip hidup, pandu mereka membuat keputusan sendiri. Lagi banyak keputusan hidup yang mereka buat, lagi tinggi tahap yakin diri. Mereka 'in charge' pada hidup mereka.

πŸ‘‰Apakah anak dibesarkan dengan negative reinforcement seperti hukuman dan kata-kata negatif?

❌Kamu tak pandai.
❌Kamu bodoh.
❌Result kamu teruk.
❌Apalah, soalan senang macam ini pun kamu tak tahu?
❌Apa ni? Benda senang macam ini, tak tahu buat, tengok anak makcik sebelah rumah, senang je buat.
❌Kalau result kamu teruk macamni, nak jadi apa kamu ni?
❌Kamu ni dari pagi tadi asyik menyakitkan hati ummi

Foundation of self-confidence is self-esteem.

Masa anak membesar sejak kecil, mereka dalam proses nak kenal diri sendiri, sayang diri sendiri, hormat diri sendiri.

Tugas ibubapa, mencari dan membangunkan potensi diri anak sehingga anak kenal dirinya yang positif dan berpotensi. Kemudian self-esteemnya meningkat. Seterusnya lebih yakin diri berurusan dengan orang lain.

Positive reinforcement seperti pujian, pelukan, dorongan sangat bagus.

✅InshaAllah, kamu boleh buat, kamu sudah usaha, buat yang terbaik.

✅Cuba lagi, bagus usaha kamu belajar naik basikal. Bagus. Ummi suka.

✅Ummi suka kamu rajin kemas rumah, kamu memang orang yang senangkan hati ummi.

Ummu Ilham

#selfreminder

Comments