Rasa teruji dengan anak hardcore..

Sebelum ini, saya sering rasa geram teruji dengan anak yang hardcore. Determined. Impulsif hingga saya mendengar 5 nasihat ini...

1) Syeikh Yaseer Qadhi kata, kadang-kadang ibubapa bukannya orang yang terbaik untuk beri nasihat.

Beliau bagi contoh ringkas dalam Surah Luqman. Luqman beri nasihat pada anaknya.

"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar" (potongan ayat 13 Surah Luqman)

"Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya)" (Potongan ayat 16 Surah Luqman).

Tapi ada satu ayat, Allah beritahu secara langsung, maksudnya bukan Luqman yang cakap.

"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun." (Potongan ayat 33 Surah Luqman)

Jadi, jika anak ada isu, jangan takut bawa jumpa guru, jumpa kaunselor, jumpa pakar. Boleh jadi, mereka lebih baik menasihati.

2) Syeikh Yaseer Qadhi kata, jangan paksa anak ikut budaya dan tradisi bagaimana kita dibesarkan.

Zaman berubah. Bahasa contohnya, berapa ramai orang Jawa sudah tidak menggunakan bahasa Jawa (termasuk saya😑). Jangan kesal jika sesetengah budaya hilang, kita tidak mampu kekalkan semua. Yang penting kekalkan agama ISLAM. Fitrah ISLAM. Akidah, Tauhid, akhlak. Yang lain, lihat sekeliling dan fleksibel dengan perubahan.

3) Syeikh juga kata, peranan ibubapa menyediakan suasana keluarga yang penuh kecintaan dan keselesaan.

Peranan ibubapa menjadi murobbi. Bayangkan anak kita macam biji benih yang kita tanam. Kita jaga, kita sayang kita belai supaya tumbuh dengan sihat dan membesar dengan baik. Murobbi asasnya memimpin.

Kita tidak mahu anak-anak yang mahu segera berdikari dan tidak mahu lagi pulang ke pangkuan kedua ibubapanya akibat keluarga yang tidak ada kasih sayang dan ketenangan.😭😭

Anak kita memang akan buat perangai. Buat hal. Tapi sabar dan pandang jauh ke depan. Kita mahu anak kita rasa, "walaupun saya buat salah, saya jahat, saya gagal, saya selalu boleh kembali kepada kedua ibubapa saya".😭

4) Syeikh juga kata, sebenarnya kita akan lebih strict (tegas) berbanding ibubapa kita dulu terhadap anak.

Apa puncanya? Puncanya kita lebih tahu zaman kita. Contoh zaman kita kecil, main-main keliling kampung, tiada yang risau.

Zaman ini, anak keluar pergi taman setapak depan rumah pun kita teman.

Memang jurang generasi, zaman yang berubah akan membuat kita lebih strict kepada anak kita. Sebab kita sayang, kita letakkan banyak syarat kepada anak demi keselamatan dan sebagainya. Jadi, jangan rasa bersalah jadi tegas. 😣

5) Syeikh juga menasihatkan ibubapa supaya berdoa antara satu sama lain. Anak doa ibubapa. Ibubapa doakan anak.

Itulah ajaran dalam Quran. Ada banyak doa-doa dalam Quran yang boleh kita amalkan.

رَبِّ ٱجعَلنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّل دُعَآءِ
 “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)

رَّبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِوَٲلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيۡتِىَ مُؤۡمِنً۬ا وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارَۢا (٢٨

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!" (Surah Nun: ayat 28)

Ummu Ilham
#selfreminder
#menulisuntukmotivasi

Comments