Sabar dengan anak hardcore

Anak hardcore, yang aku rasa mencabar, nakal, tidak mahu dengar kata, sebenarnya, mahu pelukan, Allah jua yang beri ketenangan..

Pelukan ikhlas. Pelukan sayang. Bukan dibuat-buat.

Semalam, Dani ambil HP aku, dia kata mahu tengok 10 minit. Aku beri. Cukup masa aku ambil. Dia mengamuk, menangis. Meraung.

Kuncinya sabar.
Sabar dan tenang.
Aku urut dada, dan berdoa, "Ya Allah, tenangkan aku, sabarkan aku".

Aku panggil dia, kebetulan aku sedang charge HP. Dia datang kepada aku. Lantas aku peluk. Aku usap rambutnya. Aku urut kening.

Aku zikir di telinganya.

Subhanallah
Allhamdulillah
Allahuakbar

bersilih ganti.

Tidak lama, dia diam. Aku ajak baring di tilam. Aku peluk lagi. Usap lagi kepalanya. Dalam hati, aku berkata, Ya Allah, Kau yang pegang hati anakku, Kau tenangkan dia."

Dia tenang dan jadi gembira. Lupa tentang HP yang sangat dimahukannya.

Sungguh, keyakinan hanya pada Allah. Bukan pada manusia. Bukan pada teknik parenting segala macam yang aku pelajari dan aku ajari. Itu hanya wasilah saja. Sedangkan Allah yang mengawal apa yang berlaku di dunia.

Seringkali aku pesan kepada ibubapa yang pernah hadir ke bengkel atau program yang aku hadiri, mintalah pada Allah. Sungguh hati akan menjadi tenang.

Benar,
Ummu Ilham
Manusia pendosa.

Comments